Saturday, 14 March 2009

Adakah Repeater harus di gunakan semasa EmComm?
Published on 7 March 2009, 5:34 PM Last Update: 8 day(s) ago by 9M2V8BDI
Tags: Usage of Repeaters during EmComm
A. Scenario

Tujuan saya menerangkan topik ini adalah untuk berkongsi pengalaman tentang kegunaan repeater semasa EmComm atau

semasa memberi khidmat sokongan komunikasi semasa bencana. Pertama sekali, persoalannya adakah wajar kita menggunakan

repeater semasa memberi khidmat sokongan komunikasi?

1. Hams biasanya dipanggil untuk memberi khidmat sokongan kominikasi oleh agensi agensi yang terlibat secara lansung dengan

SAR . Oleh itu maklumat yang kita salurkan adalah hak milik agensi yang kita bantu. Kebanyakan maklumat yang disalurkan adalah

sulit dan rahsia. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan Ham atau sukarelawaan yang menbantu untuk mengawal berita berita yang disalurkan

itu supaya tidak sampai kepada mana mana orang yang tak berkenaan.

2. Jadi, kebanyakan operasi EmComm ini menggunakan kaedah Simplex dan frequency yang unik. Tujuanya

adalah untuk menghadkan berita yang di sampaikan dari jatuh ke tangan orang yang tak berkenaan. Penggunaan frequency yang unik juga akan

mengurangkan risiko kepada mereka yang ingin mencuba menggangu operasi EmComm. Sebagai contoh

dalam Operasi EmComm di Bukit Antarabangsa dan Ops OH Yong Yap di Gua Musang, orang orang yang tak bertanggungjawab telah menganggu

Emergency Traffic yang disalurkan antara ComCen Gua Musang dan Center Coordination Center di Kuala Lumpur.

Ini telah menjejaskan keberkesanan operasi dan mereka juga telah mewawarkan berita berita ini melalui repeater. JADI bilakah Repeater boleh di gunakan?

B. Kegunaan Repeater semasa EmComm

a. Bilamana semua kaedah simplex gagal digunakan, Repeater harus di gunakan dengan kadar terhad, agar maklumat maklumat

sensitif tidak di salah gunakan oleh orang orang yang tak bertanggungjawab;

b. Bilamana, dalam komunikasi antara piont-to-point, tidak dapat digunakan dengan kaedah simplek, repater boleh digunakan sebagai relay

station untuk berkuminikasi dengan station lain;

b. Bilamana, pada budibicara Komander di tempat kejadian yang maklumat maklumat harus disebarkan kepada orang awam secara' Broadcast

message';

Kita harus ingat, adalah menjadi satu kesalahan untuk mana mana sukarelawan amatur radio semasa berkhidmat di ComCen untuk menukar

frequency EmComm kepada mana mana frequency atau menyalurkan maklumat sensitif tanpa mendapat kebenaraan dari EmComm koordinator

No comments: